Monday 11 July 2011

Saya Sayang Geomatika College International

merupakan kolej pertama di Malaysia yang menawarkan program lengkap dalam bidang geospatial lokasi yang starategik,elit dan kondusif kemudahan pengangkutan awam yang meluas dengan pengiktirafan akreditasi penuh daripada MQA staff yang berdedikasi fasiliti kelas pertama jaringan kepakaran industri luar yang mantap penawaran kursus yang seiring dengan keperluan pasaran 

merupakan sebahagian kecil daripada berjuta sebab mengapa saya begitu menyayangi GEOMATIKA COLLEGE INTERNATIONAL ini. Sejak mula menjejakkan kaki ke GEOMATIKA INTERNATIONAL COLLEGE ini pada 8 Disember 2010, saya tahu; di sinilah bakal bermulanya penerokaan pendidikan yang penuh dengan warni warni. Di sinilah, kejayaan terulung bakal terlakar. Dan di sini jugalah, pereka fesyen tersohor bakal terlahir. Saya yakin, dengan bantuan dan dorongan padu setiap tenaga pengajar di GEOMATIKA COLLEGE INTERNATIONAL ini, impian saya untuk muncul sebagai pereka muda terhebat di Malaysia akan menjadi kenyataan.

Di sini segalanya mudah. Capaian dan akses kepada maklumat yang pelbagai begitu senang dan cepat memudahkan saya menyelesaikan semua tugasan dalam masa yang singkat. Perpustakaan yang sarat dengan sejuta bahan ilmiah;lengkap dan kondusif setia menanti jiwa-jiwa yang sentiasa dahagakan ilmu. Kemudahan surau, lobi dan bilik rehat yang disediakan sangat mengujakan.Nak makan? - berderet warung dan restoran terdapat di sekitar GEOMATIKA COLLEGE INTERNATION. Lagi best, apabila kawan-kawan sekelas datang dari pelbagai latar, rupa dan bentuk,menambah warna dalam perjalanan sehari-hari saya di GEOMATIKA COLLEGE INTERNATIONAL!

Berada di GEOMATIKA COLLEGE INTERNATIONAL seolah-olah berada di sebuah gedung ilmu berteknologi terkini yang serba canggih!;menjadikan setiap hari yang saya lalui di sini penuh bermakna dan ceria. Saya rasa bertua diterima masuk dan menyambung pendidikan di sini. Semoga,azam saya;untuk menjadi seorang pelajar yang cemerlang dan memartabatkan nama GEOMATIKA COLLEGE INTERNATIONAL di persada antarabangsa sekaligus mencapai impian dan cita-cita saya akan menjadi kenyataan-di sini;di GEOMATIKA COLLEGE INTERNATIONAL.

Saya sayang GEOMATIKA COLLEGE INTERNATIONAL!



No comments:

Post a Comment