Monday 11 July 2011

Diploma Seni Reka Fesyen - Kenapa perlu di Geomatika?

Jawapannya mudah - kerana di GEOMATIKA,segalanya TERBAIK! Saya sudah genap setahun berada di kolej ini dan mendapati jadual kursus yang fleksibel memudahkan pergerakan urusan seharian saya. Saya tidak perlu terkejar-kejar membahagi masa. Segalanya dapat saya atur dengan baik dan sempurna.

Subjek yang terkandung dalam kursus ini juga menepati kehendak pasaran masa kini,dan saya yakin dengan kebolehpasaran kursus ini apabila saya bergraduasi nanti. 

Di sini juga,segalanya mudah. Tenaga pengajar yang berpengalaman luas dan terlatih membuatkan saya yakin untuk terus berada di kolej ini.








 


Bersama dengan rakan-rakan yang happening menguatkan lagi azam dan tekad saya untuk kekal di Geomatika sehingga ke akhir kursus.


Kepada rakan-rakan di luar sana yang masih tercari-cari kolej fesyen mana yang sesuai-ayuh,datanglah ke Geomatika! Kerana di sini,segalanya ada,segalanya hebat,kerana - sky is not the limit!

Kenangan Terindah

Sepanjang berada di Geomatika,kenangan yang paling tidak dapat saya lupakan adalah sewaktu menerima Anugerah Dekan. Dengan keputusan yang cemerlang pada semester lepas,melayakkan saya untuk menerima pengiktirafan ini bersama-sama dengan rakan-rakan yang lain.

Sokongan daripada teman-teman seperjuangan, tunjuk ajar daripada tenaga pengajar dan orang-orang tersayang yang sentiasa berada di sisi saya sewaktu susah dan senang,sangat saya hargai.
Saya berharap agar kejayaan ini berulang dan menjadi perangsang buat saya dan kawan-kawan untuk terus memberikan yang terbaik!


Diploma Seni Reka Fesyen

Jarum dan benang sudah menjadi sahabat setia saya sejak bertahun yang dulu. Fesyen dan jiwa saya ibarat irama dan lagu-tak dapat dipisahkan. Fesyen adalah keghairahan saya selama ini dan selama-lamanya ia akan menjadi jiwa saya. Luluh hati apabila melihatkan seorang gadis yang manis mukanya,cantik bersolek,hebat apabila bercakap tetapi fesyen yang dikenakan langsung tak sesuai dengan figura badan dan solekan tebal yang dioles ke muka. Nampak cacat-sekaligus menjadi bahan ketawa dan umpatan orang sekeliling. Ada juga langsung tidak berfesyen,tidak tahu bergaya. Sudahlah bergaya,berlebih-lebihan pula. Situasi-situasi sebeginilah antara penyuntik semangat saya untuk terus bergiat dalam bidang ini.

Dan untuk berjaya, saya sedar;saya perlukan sebuah 'sekolah' dan 'guru' yang hebat. Makanya, Geomatika menjadi pilihan saya!

Di Geomatika saya mengikuti kursus Diploma Seni Reka Fesyen di bawah seliaan Jabatan Hospitaliti. Dengan minat yang mendalam, kemahiran-kemahiran yang telah saya miliki sebelum ini ditambah pula dengan tenaga pengajar yang hebat di Geomatika dan kemudahan fasiliti berkelas dunia di sini,saya yakin saya telah membuat keputusan yang bijak.





Saya Sayang Geomatika College International

merupakan kolej pertama di Malaysia yang menawarkan program lengkap dalam bidang geospatial lokasi yang starategik,elit dan kondusif kemudahan pengangkutan awam yang meluas dengan pengiktirafan akreditasi penuh daripada MQA staff yang berdedikasi fasiliti kelas pertama jaringan kepakaran industri luar yang mantap penawaran kursus yang seiring dengan keperluan pasaran 

merupakan sebahagian kecil daripada berjuta sebab mengapa saya begitu menyayangi GEOMATIKA COLLEGE INTERNATIONAL ini. Sejak mula menjejakkan kaki ke GEOMATIKA INTERNATIONAL COLLEGE ini pada 8 Disember 2010, saya tahu; di sinilah bakal bermulanya penerokaan pendidikan yang penuh dengan warni warni. Di sinilah, kejayaan terulung bakal terlakar. Dan di sini jugalah, pereka fesyen tersohor bakal terlahir. Saya yakin, dengan bantuan dan dorongan padu setiap tenaga pengajar di GEOMATIKA COLLEGE INTERNATIONAL ini, impian saya untuk muncul sebagai pereka muda terhebat di Malaysia akan menjadi kenyataan.

Di sini segalanya mudah. Capaian dan akses kepada maklumat yang pelbagai begitu senang dan cepat memudahkan saya menyelesaikan semua tugasan dalam masa yang singkat. Perpustakaan yang sarat dengan sejuta bahan ilmiah;lengkap dan kondusif setia menanti jiwa-jiwa yang sentiasa dahagakan ilmu. Kemudahan surau, lobi dan bilik rehat yang disediakan sangat mengujakan.Nak makan? - berderet warung dan restoran terdapat di sekitar GEOMATIKA COLLEGE INTERNATION. Lagi best, apabila kawan-kawan sekelas datang dari pelbagai latar, rupa dan bentuk,menambah warna dalam perjalanan sehari-hari saya di GEOMATIKA COLLEGE INTERNATIONAL!

Berada di GEOMATIKA COLLEGE INTERNATIONAL seolah-olah berada di sebuah gedung ilmu berteknologi terkini yang serba canggih!;menjadikan setiap hari yang saya lalui di sini penuh bermakna dan ceria. Saya rasa bertua diterima masuk dan menyambung pendidikan di sini. Semoga,azam saya;untuk menjadi seorang pelajar yang cemerlang dan memartabatkan nama GEOMATIKA COLLEGE INTERNATIONAL di persada antarabangsa sekaligus mencapai impian dan cita-cita saya akan menjadi kenyataan-di sini;di GEOMATIKA COLLEGE INTERNATIONAL.

Saya sayang GEOMATIKA COLLEGE INTERNATIONAL!